KPT tanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline, Unik ID

KPT bersetuju untuk menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/Unik ID kepada pemohon kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi sesi akademik 2022/2023.
KPT bersetuju untuk menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/Unik ID kepada pemohon kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi sesi akademik 2022/2023.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju untuk menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/Unik ID kepada pemohon kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi sesi akademik 2022/2023.

Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, ia membabitkan pemohon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Asasi, Matrikulasi dan Diploma atau setaraf bagi sesi akademik tersebut.

Beliau berkata, permohonan kemasukan akan dibuka mulai 4 Februari sehingga 31 Mac ini.

Noraini
Noraini

“Sehubungan itu, pemohon boleh melayari portal rasmi upu.mohe.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut dan membuat permohonan kemasukan ke IPTA dan ILKA.

“Kerajaan dan KPT khususnya amat prihatin akan kekangan dan kesan sekiranya pemohon diwajibkan membeli nombor pin Unik ID Bank di Bank Simpanan Nasional untuk membuat permohonan UPUOnline.

Artikel Berkaitan:

“Justeru, KPT berharap agar keputusan ini dapat meringankan beban dan melancarkan urusan pemohon untuk melanjutkan pengajian seterusnya menjamin masa depan yang lebih cerah,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

KPT sebelum ini turut bersetuju memberikan pengecualian bayaran proses UPUOnline/UNIK ID kepada semua pemohon pada tahun lali bagi sesi akademik 2021/2022.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!