Hodgson yakin mampu selamatkan Watford daripada tersingkir

Hodgson
Hodgson
A
A
A

PENGENDALI baharu Watford, Roy Hodgson tidak sabar untuk menjalankan tugasnya bersama The Hornets bagi menyelamatkan pasukan itu daripada tersingkir dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Menurut bekas pengendali England itu, tawaran yang diberikan kepadanya oleh pihak pengurusan Watford sukar ditolak dan dia yakin mampu melaksanakan misi itu memandangkan pernah melakukannya bersama Fulham, Crystal Palace dan West Brom sebelum ini.

"Saya tidak rasa ia (mengelak penyingkiran) satu perkara yang mustahil.

Sekiranya ia tidak boleh dilakukan, sudah tentu saya akan menolak tawaran ini.

"Sama ada keputusan bijak atau bodoh, masa akan menentukan.

Saya fikir ia adalah tawaran yang menarik.

“Saya tidak menjangkakan sebarang panggilan daripada Watford atau orang lain mengenai perkara itu.

Tetapi ia adalah pekerjaan yang sangat mudah untuk diterima," kata Hodgson.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Watford menamakan Hodgson sebagai pengurusnya sehari selepas memecat Claudio Ranieri berikutan kekalahan 0-3 kepada Norwich City di Vicarage Road pada bulan lalu.

Hodgson dibawa masuk untuk mengekalkan Watford dalam saingan EPL memandangkan dia mempunyai reputasi baik selama empat musim berturut-turut bersama Palace yang merupakan kelab terakhir diuruskannya.

Untuk rekod, The Hornets kini berada di tangga ke-19 dan kini dibezakan dua mata bagi mengelak penyingkiran dengan mempunyai baki 18 perlawanan.

Hodgson akan memulakan tugas pertamanya bersama Watford apabila pasukan tersebut akan bertandang ke Burnley bagi aksi EPL pada Sabtu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!