Lelaki tempatan ditahan bersama dadah bernilai RM176,679

Afzanizam ( tengah) menunjukkan dadah yang dirampas hasil daripada sebuan yang dilakukan di Muar pada Ahad.
Afzanizam ( tengah) menunjukkan dadah yang dirampas hasil daripada sebuan yang dilakukan di Muar pada Ahad.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki tempatan diberkas bersama sejumlah dadah bernilai RM176,697 menerusi tiga serbuan di sekitar daerah Muar pada Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor, Asisten Komisioner Mohd Afzanizam Yahaya berkata, lelaki berusia 48 tahun terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah itu ditahan dalam serbuan bermula jam 6 petang dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Muar dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Katanya, suspek menjadikan rumah pangsa yang disewa dengan bayaran RM500 sebulan sebagai tempat penyimpanan dadah.

"Bungkusan dadah terbabit ditemui disorokkan di dalam sebuah almari di rumah pangsa terbabit.

Polis berjaya merampas 10 kilogram (kg) heroin, 388 gram syabu dan 250 biji pil erimin 5.

Selain itu polis turut menyita wang tunai sebanyak RM685.

"Kegiatan pengedaran dadah ini telah aktif sejak Disember tahun lalu. Dadah yang dirampas boleh digunakan oleh seramai 51,990 orang penagih," katanya pada sidang akhbar di IPK Johor di sini pada Khamis.

Menurut Afzanizam, bekalan dadah terbabit dipercayai diperoleh suspek dari utara tanah air untuk diedarkan di daerah Muar.

Artikel Berkaitan:

"Suspek yang juga penganggur direman selama enam hari sehingga 5 Februari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Dalam pada itu, Afzanizam berkata seramai 1,873 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah oleh JSJN Johor bermula 1 Januari hingga 1 Februari lalu.

"Dalam tempoh yang sama juga JSJN Johor berjaya membuat rampasan dadah sebanyak 834.57 kg dengan nilai keseluruhan sebanyak RM2.52 juta. Turut disita harta sebanyak RM1.01 juta," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!