Kertas siasatan kes Ebit Lew di peringkat akhir

Ebit Lew - Foto Bernama
Ebit Lew - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan terhadap pendakwah terkenal, Ebit Lew berkaitan kes gangguan seksual kini di peringkat akhir.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, kertas siasatan sebelum ini sudah dihantar ke Pejabat Peguam Negara.

"Bagaimanapun, kita menerima semula kertas siasatan itu.

Kita akan segera menyelesaikan kertas siasatan berkenaan untuk diserahkan ke Pejabat Peguam Negara," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Khamis.

Terdahulu, siasatan terhadap pendakwah terkenal, Ebit Lew, 37, dilakukan selepas pihak polis menerima laporan daripada beberapa individu mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.

Susulan laporan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada 19 Ogos lalu, Ebit Lew dipanggil polis untuk dirakam keterangan berhubung penyebaran video gangguan seksual dikaitkan dengan pendakwah berkenaan.

Bagaimanapun, Ebit Lew ketika ditemui media sebaik selesai memberi keterangan mendakwa dakwaan itu berunsur fitnah kejam ke atas dirinya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!