Warga emas ditemui lemah selepas hilang lima hari

Warga emas itu ditemui dalam keadaan lemah setelah dilaporkan hilang sejak lima hari lalu.
Warga emas itu ditemui dalam keadaan lemah setelah dilaporkan hilang sejak lima hari lalu.
A
A
A

SEREMBAN - Warga emas yang hilang ketika mencari seekor lembu di ladang kelapa sawit di Kampung Sega Tengah, Rantau di sini sejak lima hari lalu ditemui dalam keadaan lemah di kawasan hutan di kampung berkenaan pada Khamis.

Wanita berusia 74 tahun itu ditemui pada jam 11.40 pagi kira-kira dua kilometer dari kawasan kediamannya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau, Mohd Izzuwan Abd Rahim berkata, wanita berkenaan ditemui dalam keadaan lemah namun tidak mengalami kecederaan.

"Kita memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini (Khamis) jam 9.15 pagi dengan melibatkan 80 petugas dari Angkatan Pertahanan Awam (APM), polis dan bomba sendiri dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) bomba serta polis.

"Tapi selepas dua jam, pasukan SAR menemui mangsa dalam keadaan tidak bermaya di pokok kelapa sawit tumbang berhampiran hutan sejauh kira-kira dua kilometer dari pusat kawalan kami," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Menurutnya, wanita itu telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk rawatan lanjut.

Mohd Izzuwan berkata, ketika ditemui, wanita itu memberitahu sudah diberi makan oleh penduduk kampung.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan seorang wanita warga emas didapati tidak pulang ke rumah lebih 24 jam selepas keluar pada pagi 30 Januari lalu.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, wanita berusia 74 itu masuk ke kawasan ladang sawit dekat Kampung Sega Tengah untuk mencari seekor lembu namun tidak pulang hingga keesokan harinya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!