Jemaah bertambah sejak serangan
KEJADIAN tembakan di Christchurch, New Zealand telah mengemparkan seluruh dunia. Malah kejadian itu juga telah memberi kesan kepada masyarakat Islam malah secara indivdiu juga, seperti mana perkongsian dari pengguna Facebook, Yuhanis Azam.
Menurutnya, dia menerima mesej dari ibu kepada seorang sahabatnya dari Australia.
Kongsinya, sebelum ini sahabatnya itu hanya menunaikan solat Jumaat dan solat Hari Raya sahaja, namun selepas tragedi tembakan di Christchurch itu, dia mengambil iktibar kerana hidayah dan petunjuk ALLAH datang bila-bila masa sahaja, tidak kira dalam apa jua keadaan kita sekali pun.
Tulisnya, sejak semalam, hampir semua masjid di negeri-negeri Barat jemaahnya bertambah hingga tiga kali ganda.
Sebahagian umat Islam di sana yang sebelumnya tidak pernah atau jarang terlihat di masjid, sejak Maghrib semalam hingga Subuh ini berebut datang menghadap kepadaNya.
Mereka memenuhi rumah ALLAH bukan sekadar untuk menunjukkan solidariti. Lebih jauh lagi, mereka sedang mengadu kepada Allah tentang kezaliman demi kezaliman yang terjadi sejak hari-hari sebelum ini, dengan kemuncaknya semalam di New Zealand.
Sekali gus mereka berdoa, berharap perlindungan, serta pasrahkan segalanya, yang akan terjadi hari ini dan di masa depan, kepadaNya.
Ceritanya lagi, temannya di Australia selama ini hidupnya agak lalai, namun ekoran insiden yang berlaku itu menyebabkan pada tiga solat waktu terakhir hadir di saf depan di masjid.
Kejadian itu membuatkan dia terlalu marah namun sebab kemarahan itu rupanya ALLAH turunkan hidayah.
"Ibunya chatting (berbual) dengan saya pagi tadi. Menangis-nangis bahagia anaknya solat Maghrib, Isyak dan Subuh di masjid. Bahkan sejak semalam terus bermalam di sana. Bertilawah dan banyak merenung. Padahal sebelum ini dia tidak kenal solat kecuali solat Jumaat dan AidulFitri," katanya.
Meskipun hidup dalam kemaksiatan, ternyata dia masih menyimpan kecintaan pada Islam dan juga Muslimin.
Katanya, kejadian itu juga telahnya menyebabkan tubuh sahabatnya itu bergetar hebat dengan emosinya tidak terbendung, lalu memutuskan ke masjid, menjaganya hingga pagi bersama belasan Muslim lainnya.
Ceritanya, antara alasan sahabatnya itu, berkemungkinan berlaku kebangkitan ekstrimis-ekstrimis sayap kanan yang akan menyasarkan rumah-rumah ALLAH.
“Serangan semalam kemungkinan besar akan menyebabkan bangkitnya ekstrimis-ekstrimis sayap kanan. Dan pasti rumah-rumah ALLAH yang akan menjadi sasaran. Jadi kita harus menjaganya hingga suasana reda. Tambahan pula saya ini pendosa.
"Sudah terlalu banyak dosa saya. Kalau misalnya masjid ini diserang, semoga saya ada ketika itu. Lalu saya menghentikan serangan tersebut atau gugur di tangannya sebagai syuhada. Mana saja yang menjadi takdir ALLAH, saya sudah siap sedia. Semoga dengan itu ALLAH mengampuni saya,” katanya kiriman itu daripada seorang sahabat dari Indonesia yang berada di luar negara.
Malah perkongsian itu turut penarik perhatian netizen dan rata-rata meminta rakyat negara ini mencontohi dengan mengimarahkan masjid dan jadikan kejadian ini sebagai peringatan.
"Banyak hikmah rupanya, kerja ALLAH tak pernah tersilap," tulis Abu Khidir.
"Kita disini juga seharusnya mencontohi saudara- saudara di sana... Jom imarahkan masjid dan surau-surau kita bermula Magrib ini, khususnya buat golongan lelaki," tulis Nurul Hidayah.
"Walaupun rumah ALLAH dicerobohi dengan ganas dan tanpa peri kemanusiaan sehingga menggugurkam insan-insan terpilih.... Tidak melemahkan semangat jutaan umat Islam yang lain di bumi ALLAH... Terus sujud... Mengharap pertolongan ALLAH... Berdoa dan mendoakan... Allahuakbar... Wahai anak muda Malaysia teruslah berjemaah...
Doakan sedara dan sahabat islam kita dimana pun berada...mungkin ini salah satu cara Allah menjentik.hati2 ....umat islam yang masih lalai ke rumah Allah," tulis Fiza Aneem Zana
"Hikmahnya kesedihan pemergian Para shuhada menarik lebih ramai mendekatkan diri kepada ALLAH," tulis Aisya Humaira.
"Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku... ALLAH sedang menegur kita... Di sebalik sesuatu ada sesuatu... Reda bersangka baik," tulis Wan Pjj.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!