Banjir kilat ragut 63 nyawa

No Image Caption
A
A
A

JAKARTA, INDONESIA. Jumlah korban dalam banjir kilat susulan hujan lebat dan tanah runtuh di Sentani, Papua hingga petang, Ahad, terus meningkat menjadi 63 orang.

Menerusi laporan Kompas Ketua Polis daerah Papua, AM Kamal menyatakan, 17 mayat telah dikenalpasti di Hospital Bhayangkara, Kota Jayapura dan 11 dari mereka telah diserahkan kepada keluarga.

"Proses pengenalan akan berterusan sehingga jam 8 malam dan disambung esok sehingga semua mayat dikenal pasti," katanya pada petang Ahad.

No Image Caption

Polis Daerah Papua juga menyatakan bahawa bencana banjir ini menyebabkan 43 kecederaan dan lebih 300 rumah musnah.

Mereka yang cedera dirawat di Pusat Kesihatan Sentani Kota, Hospital Yowari, Hospital Marthen Indey dan Hospital Bhayangkara.

Mangsa korban bencana banjir di Sentani, Kabupaten Jayapura, Papua dikenalpasti diserahkan kepada keluarga.
Mangsa korban bencana banjir di Sentani, Kabupaten Jayapura, Papua dikenalpasti diserahkan kepada keluarga.

Sehingga kini, pihaknya terus berusaha untuk berpindah, membersihkan jalan dan mencari mangsa yang hilang.

Artikel Berkaitan:

Menurut Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Provinsi Papua pula, bencana banjir Sentani melanda empat desa di Kabupaten Sentani, iaitu Desa Hinekombe, Dobonsolo, Sentani Kota dan Doyo Baru.

Pada malam Sabtu lalu, banjir kilat melanda kawasan Sentani menyebabakan pokok tumbang, runtuhan batu dan lumpur.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!