PKRC Maeps
Antara nota yang ditulis oleh bekas pesakit Covid-19 kepada petugas barisan hadapan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) 2.0 ketika tinjauan foto Bernama susulan penutupannya bermula 8 Feb ini.
MAEPS diaktifkan sebagai PKRC pada 16 April 2020, dengan pengambilan pesakit Covid-19 di pusat berkenaan hanya membabitkan pesakit bukan warganegara bagi kategori satu (tanpa gejala) serta kategori dua (gejala ringan), dan kemudian ditutup pada 15 Julai tahun yang sama.
Pada 9 Dis 2020, kerajaan memutuskan untuk mengaktifkan semula MAEPS sebagai PKRC susulan peningkatan kes Covid-19.
Pada 24 Jan tahun lepas ia dinaik taraf kepada PKRC Bersepadu MAEPS 2.0 setelah mula menerima pesakit kategori tiga (radang paru-paru) dan empat (bantuan pernafasan) dengan skala yang sederhana.
Dalam tempoh 14 bulan itu, kira-kira 166,072 pesakit Covid-19 ditempatkan di PKRC MAEPS 2.0 yang terdiri daripada pesakit kategori satu hingga empat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!