Singapura luluskan rawatan oral pertama untuk Covid-19

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SINGAPURA - Singapura meluluskan PaxLovid Pfizer sebagai ubat pil pertama untuk rawatan Covid-19 dengan gejala ringan hingga sederhana bagi pesakit dewasa yang berisiko tinggi, bertujuan mengurangkan risiko kemasukan ke hospital dan kematian.

Di laman webnya pada Khamis, Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA) republik itu berkata, ia pada 31 Januari memberikan kebenaran sementara untuk PaxLovid, gabungan dua ubat, nirmatrelvir (ubat antivirus) dan ritonavir (bagi mengekalkan paras darah nirmatrelvir untuk keberkesanan antivirus).

"PaxLovid perlu diambil dua kali sehari selama lima hari, dan rawatan harus dimulakan secepat mungkin selepas diagnosis dilakukan, dalam tempoh lima hari daripada permulaan simptom Covid-19,” kata HSA.

"Ia akan ditentu dan diutamakan kepada mereka yang berisiko tinggi menghidap penyakit Covid-19 yang teruk, seperti yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan,” katanya sambil menambah bahawa data keselamatan menunjukkan PaxLovidTM tidak memudaratkan dan laporan kesan sampingan buruk dalam kajian klinikal secara amnya rendah.

Kelulusan itu dibuat di bawah Laluan Akses Khas Pandemik (PSAR) dan setelah berunding dengan Jawatankuasa Penasihat Ubat-ubatan HSA. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!