Tabung khas #Sinar4NZMartyrs cecah RM30,000

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Jumlah tabung khas #Sinar4NZMartyrs sehingga jam 6 petang ini, mengumpul RM 30,010.30, sejak tabung itu dibuka kelmarin.

Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank Sinar Karangkraf Sdn Bhd: 5642 7652 9068.

Ternyata usaha murni ini demi menyokong usaha dilakukan Sinar Harian bagi membantu mangsa tragedi keganasan di New Zealand yang menyebabkan 50 jemaah solat Jumaat meninggal dunia setakat hari ini.

Kelmarin, satu tabung khas #Sinar4NZMartyrs dibuka untuk membantu keluarga mangsa yang meninggal dunia dan cedera dalam tragedi tembakan di dua masjid di Christchurch, New Zealand, 15 Mac lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!