Lampard yakin mampu pulihkan Everton
PENGENDALI baharu Everton, Frank Lampard mengakui berdepan tugas sukar untuk memulihkan kembali prestasi kelab tersebut.
Bercakap pada sidang akhbar pertama selepas mengambil alih tugas di Goodison Park, bekas pengendali Chelsea yakin beliau mampu membawa Everton keluar daripada kedudukan kelompok tiga tercorot untuk meletakkan pasukan itu di landasan lebih kukuh pada masa depan.
"Saya faham dalam jangka masa pendek hanya untuk memperbaiki kedudukan liga pasukan," katanya.
Bagaimanapun Lampard manyasarkan membawa Everton menjadi kelab terbaik dan bercita-cita untuk mencipta sejarah dan mempunyai lebih ramai peminat.
"Banyak kerja yang perlu dilakukan tetapi saya sangat berbangga kerana diberi peluang mengemudi pasukan ini," katanya.
The Toffees mengumumkan pelantikan Lampard sebagai pengurus baharu dengan kontrak dua tahun setengah menggantikan Rafael Benitez yang dipecat bulan lalu.
Dalam pada itu Lampard juga berhasrat memulihkan kembali karier Dele Alli yang sedikit malap sebelum ini ketika beraksi bersama Tottenham.
"Dia berdepan masa yang sukar. Saya tidak kisah mengenai keadaannya kerana sudah tentu ada sebab di sebalik perkara tersebut.
"Tugas saya kini untuk menempatkan diri dalam persekitaran yang sesuai selain mendorong bersama-sama pasukan di sini." katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!