Gangguan bekalan air di Machang, Pasir Puteh, Kota Bharu mulai esok

Penduduk di Jajahan Machang, Pasir Puteh serta sebahagian Kota Bharu Selatan dan Timur diminta menyimpan bekalan air secukupnya susulan penutupan sementara LRA Merbau Chondong.
Penduduk di Jajahan Machang, Pasir Puteh serta sebahagian Kota Bharu Selatan dan Timur diminta menyimpan bekalan air secukupnya susulan penutupan sementara LRA Merbau Chondong.
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) meminta penduduk di Jajahan Machang, Pasir Puteh serta sebahagian Kota Bharu Selatan dan Timur supaya menyimpan bekalan air secukupnya susulan penutupan sementara Loji Rawatan Air (LRA) Merbau Chondong untuk kerja-kerja pembaikan bermula Sabtu (5 Februari).

AKSB dalam kenyataannya pada Jumaat memberitahu, penutupan sementara LRA tersebut akan menjejaskan bekalan air melibatkan 32,018 akaun pengguna.

"LRA Merbau Chondong akan ditutup sementara bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan pada paip air mentah jenis Glass Reinforced Pipe (GRP) bersaiz diameter 1,100 milimeter (mm) yang bocor di laluan Kampung Belukar, Jalan Kemubu, Machang.

"LRA berkenaan membekalkan air ke Jajahan Machang, Pasir Puteh, sebahagian Kota Bharu Selatan dan sebahagian Kota Bharu Timur. Kerja-kerja pembaikan akan bermula esok dan dijangka siap pada 11 Februari, tertakluk kepada keadaan kerja di tapak,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu langkah awal telah diambil iaitu mengerakkan tambahan lori tangki milik AKSB dari jajahan lain serta menambah lori air kontrak (LAK) sewaan khas di bawah peruntukan Kerajaan Negeri ke Machang.

AKSB juga mendapat bantuan tambahan daripada operator air negeri lain seperti dari Terengganu, Pahang, Selangor dan Perak bagi membantu mengagihkan air kepada pengguna serta tangki-tangki statik di kawasan terkesan sepanjang proses pembaikan dijalankan,” menurut kenyataan itu.

AKSB memaklumkan sebarang aduan berkaitan bekalan air boleh dibuat menggunakan talian PINTAS 15777 atau aplikasi WhatsApp ke 019-5755777 dan notis makluman gangguan bekalan air bertarikh 31 Jan telah dimuat naik dilaman media sosial AKSB untuk makluman awam. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!