Perhilitan siasat tapir berkeliaran

Dua ekor tapir didakwa berkeliaran di persimpangan lampu isyarat menghala Kampung Londah, Gemas. - Foto Facebook
Dua ekor tapir didakwa berkeliaran di persimpangan lampu isyarat menghala Kampung Londah, Gemas. - Foto Facebook
A
A
A

TAMPIN - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan sedang menyiasat dakwaan dua ekor tapir berkeliaran berhampiran persimpangan lampu isyarat menghala Kampung Londah, Gemas.

Ia berikutan tular video berdurasi 22 saat yang dikongsi seorang individu di Facebook pada Jumaat memaparkan dua ekor tapir dewasa dipercayai berkeliaran di kawasan itu.

Pengarahnya Perhilitan, Nurul Ermi Ramli berkata, bagaimanapun sehingga kini pihaknya belum menerima laporan daripada mana-mana pihak berhubung kejadian itu.

"Kami sedang melakukan siasatan kesahihan rakaman tersebut dan lokasi sebenar kejadian berkenaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Tapir itu dirakam seorang pemandu sebuah kereta ketika melalui kawasan berkenaan dan dipercayai berlaku pada waktu malam berdasarkan keadaannya yang gelap.

Ramai warganet tertanya-tanya punca binatang itu keluar dari habitatnya dan berkeliaran di jalan raya kerana boleh mengundang bahaya haiwan dan pengguna jalan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!