Sokongan Keluarga Malaysia penting buat pesakit kanser: PM
KUALA LUMPUR - Sempena Hari Kanser Sedunia pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sokongan Keluarga Malaysia kepada pesakit kanser amat penting untuk mereka terus berjuang melawan penyakit itu.
Dalam hantaran di laman Facebooknya, Ismail Sabri berkata beliau percaya ramai antara kalangan Keluarga Malaysia yang mempunyai saudara mara atau rakan yang bertarung dengan kanser.
Jelasnya ini termasuk beliau sendiri yang mempunyai pegawai yang menghidap kanser payudara namun terus survive setelah lapan tahun bertarung.
"Rapatkan Jurang Penjagaan Kanser. Pengesanan awal dapat meningkatkan peluang untuk sembuh," katanya.
Hari Kanser Sedunia disambut di seluruh dunia pada 4 Feb dengan tema tahun ini iaitu 'Close the Care Gap' atau Rapatkan Jurang Penjagaan Kanser. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!