Cole teruja dipanggil Lampard cipta impak bersama Everton

Ashley Cole -Foto: AFP
Ashley Cole -Foto: AFP
A
A
A

BEKAS pertahanan Chelsea dan Arsenal, Ashley Cole antara tenaga baharu direkrut pengendali Everton, Frank Lampard dalam memperkemaskan The Toffees bagi mengharungi baki saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Menurut kelab itu, bekas pertahanan England itu akan menjadi jurulatih skuad utama dan bekerja bersama penolong pengurus Joe Edwards serta Duncan Ferguson.

“Saya sangat teruja apabila Frank meminta saya menyertainya di Everton. Peluang dapat bergabung semula dengan Frank sesuatu yang fantastik. Dia pengurus dan pemimpin cemerlang. Kini Everton mempunyai segala-galanya untuk apa yang mahu capai bersamanya.

"Ini merupakan peluang untuk mencipta kecemerlangan bersama kelab hebat seperti Everton dan saya datang ke Goodison Park dengan tekad bekerja keras dan membantu membawa kejayaan untuk kelab ini," katanya.

Untuk rekod, Cole pernah bermain bersama Lampard di Chelsea, di mana bersama-sama mereka memenangi satu kejuaraan Liga Perdana Inggeris, empat Piala FA dan Liga Juara-Juara edisi 2012.

Sementara itu, Lampard percaya pengalaman dalam dan luar padang Cole akan membantu penambahbaikan kelab Merseyside tersebut untuk terus kekal relevan di saingan tertinggi liga Inggeris tersebut.

"Semua orang tahu tentang gaya permainannya yang hebat dan segala telah dicapainya sepanjang bergelar pemain.

"Dia kini seorang jurulatih yang disegani yang diiktiraf berdasarkan hasil kerjanya bersama skuad Bawah 21 tahun England. Dia akan membawa banyak keghairahan, pengalaman dan paling penting menambah kekuatan kepada kakitangan kejurulatihan kelab ini," ujar Lampard.

Artikel Berkaitan:

Everton akan memulakan era baharu bersama Lampard apabila berdepan Brentford dalam pusingan keempat Piala FA pada Sabtu, sebelum bertandang ke Newcastle United bagi baki saingan liga.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!