Mara Corp disiasat isu dokumen dalaman tular: Pengerusi Mara
Laporan Sinar Harian pada Jumaat berkenaan tular surat siasatan integriti ke atas pegawai Mara. Gambar kecil: Azizah Mohd Dun
A
A
A
Pengerusinya, Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata, pihaknya memandang serius terhadap kejadian penyebaran dokumen pentadbiran dalaman kepada pihak awam yang menimbulkan persepsi negatif terhadap Mara dan anak syarikat berkaitan.
"Sekiranya wujud sebarang salah laku dalam tadbir urus anak syarikat di bawah agensi ini, Mara sesekali tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana individu yang terlibat atas prinsip menjunjung nilai integriti dalam melaksanakan amanah yang diberikan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, keseluruhan anak syarikat Mara dikawal selia mengikut Akta Syarikat 2016 dan sentiasa mengutamakan amalan integriti yang tinggi dalam organisasi.
Azizah juga menafikan wujud salah guna kuasa atau salah urus tadbir susulan dokumen dalaman anak syarikatnya tular dalam media sosial yang mendakwa wujud isu integriti membabitkan beberapa pegawainya.- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!