Gempa bumi 5.5 skala richter gegar Banten, Indonesia
JAKARTA - Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter berlaku di barat daya Banten, dengan gegaran dirasai di ibu negara.
Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, gempa itu berlaku pada jam 5.10 petang waktu Indonesia Barat pada kedalaman 10 kilometer (km) berpusat di 71 km barat daya Bayah-Banten.
Tiada amaran tsunami dikeluarkan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!