Tiga anggota skuad pemusnah bom cedera di Songkhla
SONGKHLA - Tiga anggota skuad pemusnah bom cedera, seorang daripadanya parah dalam satu insiden letupan bom di Chana, Songkhla, selatan Thailand pada Jumaat.
Jurucakap Pusat Arahan Operasi Keselamatan Dalam Negeri (ISOC) Bahagian Ke-4, Pol Kol Kiattisak Neewong berkata, mereka digegaskan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Dalam insiden kira-kira jam 10.30 pagi (waktu tempatan), sebutir bom meletup berdekatan sebuah landasan keretapi di Ban Na, Chana ketika lapan anggota pemusnah bom membuat pemeriksaan berdekatan landasan keretapi selepas satu letupan berlaku di situ pada petang Khamis.
Dalam letupan pertama pada jaml 5 petang (waktu tempatan) Khamis, seorang lelaki yang terpijak sebutir bom berdekatan landasan itu patah kaki.
Juga pada Khamis, tiga lelaki yang dipercayai anggota militan maut dan seorang lagi cedera dalam satu insiden berbalas tembakan tidak jauh dari tempat kejadian letupan bom itu.- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!