Budak lima tahun terjatuh dalam telaga sedalam 32 meter

Rayan terjatuh dalam telaga selama tiga hari dan anggota penyelamat terpaksa menggali lubang lain untuk menyelamatkannya. - AFP
Rayan terjatuh dalam telaga selama tiga hari dan anggota penyelamat terpaksa menggali lubang lain untuk menyelamatkannya. - AFP
A
A
A

BAB BERRED - Nasib seorang kanak-kanak berusia lima tahun bagaikan 'nyawa di hujung tanduk' apabila anggota penyelamat Maghribi sedang berusaha keras menyelamatkannya yang terperangkap dalam sebuah telaga selama tiga hari.

Operasi bantuan telah dipergiatkan bagi menyelamatkan Rayan yang berusia lima tahun yang terjatuh dalam telaga berkedalaman 32 meter pada Rabu lalu dan anggota penyelamat terpaksa menggerudi sebuah lubang lain.

"Usaha menyelamat kanak-kanak itu semakin hampir dan kami berdoa agar dia dapat diselamatkan secepat mungkin," kata jurucakap kerajaan, Mustapha Baitas.

Operasi bantuan telah dipergiatkan bagi menyelamatkan Rayan yang berusia lima tahun yang terjatuh dalam telaga berkedalaman 32 meter pada Rabu lalu.
Operasi bantuan telah dipergiatkan bagi menyelamatkan Rayan yang berusia lima tahun yang terjatuh dalam telaga berkedalaman 32 meter pada Rabu lalu.

Usaha menyelamat kanak-kanak malang itu mendapat simpati orang ramai di dalam talian dengan meletakkan tanda pagar #SaveRayan dan tular sehingga Afrika Utara termasuk negara jiran, Algeria.

Ketika ini, operasi menggerudi lubang berlaku di kampung berhampiran Bab Berred di wilayah utara luar bandar Chefchaouen telah mencapai kedalaman 27 meter dan selanjutnya 32 meter dalam tempoh beberapa jam, lapor agensi berita MAP.

Artikel Berkaitan:

Ayah Rayan berkata, ketika kejadian dia sedang memperbaiki telaga itu sebelum menyedari anaknya terjatuh ke dalamnya. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!