Perhilitan siasat video harimau belang tular
IPOH - [KEMAS KINI] Jabatan Perlindungan Hidup Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak sedang menyiasat video tular yang memaparkan seekor harimau belang di kawasan semak berhampiran Simpang Pulai, di sini.
Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, pihaknya telah menghantar Unit Harimau ke lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, video tersebut diterima kira-kira jam 10 malam Jumaat.
"Kita tengah siasat...Unit harimau Perak sudah pergi ke tempat yang dikatakan," katanya ringkas melalui WhatsApp pada Sabtu.
Pada Jumaat, video berdurasi 17 saat itu dikongsi seorang pengguna TikTok yang memaparkan seekor harimau merayau di kawasan semak berbukit.
Menurut maklumat dalam video itu, kejadian dikatakan berlaku berdekatan sebuah restoran di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!