Pembaca tegar menang RM2,500 di minggu ketiga
SHAH ALAM - Biarpun baru melanggan Sinar Premium selama dua bulan, seorang penolong pengurus syarikat di bawah agensi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia berjaya membawa pulang RM2,500 melalui pemenang bertuah minggu ketiga langganan portal berita Sinar Premium.
Faveeza Shahnaz Mohamad Amar, 50, yang teruja dengan kemenangan itu berkata, dia melonjak kegembiraan apabila mengetahui berita gembira itu pada Jumaat.
“Saya dapat khabar berita itu ketika berada di pejabat. Pada mulanya saya terpaksa pura-pura tenang dan di luar pejabat, saya melonjak kegembiraan.
“Saya merasa amat berbaloi mendapat pulangan RM2,500 dengan hanya melanggan serendah RM66.20 setahun pada bulan Disember tahun lepas,” katanya ketika dihubungi Sinar Premium.
Faveeza yang tidak meletakkan sebarang harapan terhadap peraduan itu berkata, dia terkejut apabila mendapat e-mel yang mengatakan dia adalah pemenang bertuah bagi minggu ini.
“Semasa saya melanggan Sinar Premium, saya melihat iklan peraduan itu tetapi saya tidak mengharap apa-apa kerana niat saya hanya mahu melanggan untuk membaca berita.
“Pada mulanya, saya tidak pasti sama ada e-mel yang dihantar sahih atau tidak namun saya teringat semasa melanggan Sinar Premium, mereka ada membuat peraduan tersebut dan siapa sangka saya merupakan pemenang bertuah itu,” katanya.
Faveeza yang menetap di Sentul, Kuala Lumpur itu berkata, faktor terbesar dia melanggan Sinar Premium adalah kerana dia merupakan pembaca tegar Sinar Harian sejak dahulu.
“Saya memang pembaca tegar Sinar Harian. Semasa bekerja di bahagian francais dengan Perbadanan Nasional Berhad, syarikat itu akan memilih Sinar Harian untuk membuat sebarang aktiviti promosi.
“Dari situ, saya sudah terbiasa membaca dan memilih Sinar Harian dan kini, Sinar Premium untuk mengetahui semua berita-berita semasa,” katanya.
Tambahnya, berita terkini di Sinar Premium adalah yang terbaik kerana Sinar Premium bersifat eksklusif yang paling cepat berbanding portal berita lain.
“Yang paling saya suka mengenai Sinar Premium semestinya kandungan isu-isu terkini yang disajikan. Berita Sinar Premium amat bagus dan menarik untuk dibaca.
“Selain itu, berita-berita yang dikeluarkan juga sangat berkualiti dan pantas selari dengan peralihan masa masyarakat yang lebih gemar membaca berita di media sosial berbanding surat khabar atau televisyen,” katanya.
Faveeza yang juga gemar membaca isu terkini di portal-portal berbanding mendengar berita di televisyen itu berkata, Sinar Premium sangat berbaloi untuk dilanggan dan harga langganannya amat berpatutan.
“Saya menggalakkan orang ramai untuk melanggan Sinar Premium kerana berita-berita yang dikeluarkan amat berkualiti.
“Harganya juga sangat berpatutan jika dibandingkan dengan portal berita lain yang mencecah seratus ringgit untuk langganan selama setahun,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!