Syed Saddiq mohon maaf rendahkan ADUN PKR
SHAH ALAM - Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memohon maaf atas kekhilafan beliau merendahkan tugas dan tanggungjawab Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Syed Saddiq berkata, beliau membuat permohonan maaf tersebut atas semangat kebersamaan antara Muda bersama PKR selaku rakan parti.
"Muda tidak sempurna termasuk saya.
"Saya akui hantaran (di media sosial) lawatan saya ke Ulu Tiram telah merendahkan tugas dan tanggungjawab yang dibuat oleh rakan ADUN PKR," katanya dalam catatan di Facebook pada petang Sabtu.
Menurut Ahli Parlimen Muar itu, sesi melawat dan bertemu rakyat di Ulu Tiram adalah satu proses untuk beliau dan Muda belajar lebih banyak soal menjaga rakyat.
"Di Parlimen Muar, saya juga tidak sempurna. Banyak lagi tugas dan tanggungjawab yang perlu saya lunaskan.
"Teruskan menegur kerja dan ucapan saya. Yang baik itu datang dari yang Maha Esa. Yang khilaf itu saya," ujarnya.
MUDA itself is not perfect. Including me.
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) February 5, 2022
Saya akui posting lawatan saya ke Ulu Tiram telah merendahkan tugas yang dibuat rakan ADUN KEADILAN.
Atas semangat kebersamaan bersama rakan KEADILAN, saya memohon maaf atas kekhilafan dibuat.
Teruskan menegur kerja dan ucapan saya. pic.twitter.com/nob2hqHpZn
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!