Hanya tinggal 180cm lagi untuk capai Rayan
BER BERRED - Pasukan penyelamat menyatakan empat meter sudah digali secara manual dan hanya tinggal 180 sentimeter (cm) sahaja lagi untuk mencapai Rayan.
Rayan budak lelaki berusia lima tahun terjatuh dan terperangkap dalam perigi sempit sedalam 32 meter di Ighrane, wilayah Chefchaouen di Magribi.
Operasi menyelamat kanak-kanak itu dilancarkan sejak Selasa lalu namun terpaksa dilakukan secara berhati-hati susulan kebimbangan risiko runtuhan dalam lubang.
Penyelamat memberi amaran bahawa jarak dua meter terakhir dari kedudukan mangsa adalah paling kritikal. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!