Presiden Turki, isteri positif varian Omicron
ANKARA - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan isteri, Emine dilaporkan positif Covid-19 pada Sabtu.
Recep bagaimanapun memaklumkan, beliau tidak mengalami sebarang simptom.
"Saya dan isteri diuji positif Covid-19. Syukur, kami hanya mengalami jangkitan ringan.
"Kami difahamkan bahawa ia adalah varian Omicron," ciap Recep di Twitter. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!