Tarrant sasar masjid ketiga untuk bentuk corak segitiga atas peta Christchurch?
WELLINGTON - NEW ZEALAND. Polis percaya pengganas kulit putih, Brenton Tarrant merancang serangan ketiga di Masjid Ashburton.
Namun, rancangan lelaki warga Australia itu terbantut apabila ditahan polis sejurus meninggalkan lokasi serangan kedua di Masjid Linwood.
Siasatan mendapati, jika Tarrant sampai ke lokasi ketiga, maka titik pertemuan ketiga-tiga masjid tersebut membentuk corak segitiga.
Namun, polis tidak menolak kemungkinan Tarrant melepaskan tembakan di beberapa lokasi tumpuan penduduk Islam di sekitar Christchurch antaranya dua premis menjual makanan halal.
Malah, Pusat Penjagaan Kanak-Kanak An Nur yang terletak tidak jauh dari Masjid Ashburton, mungkin menjadi sasaran lelaki itu. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!