'Beri peluang PN lawan BN di dua DUN'

Mohd Faizal
Mohd Faizal
A
A
A

PENGERANG - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pengerang berharap Pakatan Harapan (PH) memberi laluan Perikatan Nasional (PN) bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Penawar dan DUN Tanjung Surat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketua Bersatu Bahagian Pengerang, Mohd Faizal Asmar berkata, perlawanan satu lawan satu antara PN dan Barisan Nasional (BN) perlu dilakukan bagi mengelak pertandingan tiga penjuru.

"Parlimen Pengerang ada dua DUN, iaitu DUN Penawar dan DUN Tanjung Surat. Semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kedua-dua DUN ini ditandingi parti pembangkang tetapi malangnya ia kalah teruk dengan BN.

"Kami sedar akan perkara itu dan mengambil iktibar akan kekalahan itu. Ini menunjukkan parti-parti seperti ini masih belum diterima oleh masyarakat Melayu di luar bandar.

"Oleh yang demikian kami berharap agar parti-parti ini mengambil sikap memberi laluan kepada PN untuk berlawan dengan BN," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Ahad.

Pada PRU14 yang menyaksikan perebutan kerusi antara UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), UMNO memenangi kerusi DUN Penawar dengan majoriti 7,134 undi manakala DUN Tanjung Surat pula dengan 4,522 undi.

Mohd Faizal berkata, jentera PN Pengerang sudah disiapkan sejak Ogos 2020 serta yakin dengan penerimaan pengundi Melayu selain akan memberi saingan sengit dengan BN.

"Tambahan pula, semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri kelapan, beliau telah berjaya membayar hutang-hutang peneroka Felda. Hasil 'survey' kami, mereka semua sangat terhutang budi dengan bekas Perdana Menteri itu.

Artikel Berkaitan:

"Oleh itu saya menyeru parti-parti ini berlapang dada memberi laluan untuk PN memberi saingan sengit kepada BN," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!