PRN Johor: 80 peratus anggota bomba dibekukan cuti

Yahaya menyerahkan kunci kenderaan utiliti kepada Balai Bomba dan Penyelamat yang terpilih sempena Majlis Perbarisan Tahunan di Ibu Pejabat JBPM Johor pada Ahad.
Yahaya menyerahkan kunci kenderaan utiliti kepada Balai Bomba dan Penyelamat yang terpilih sempena Majlis Perbarisan Tahunan di Ibu Pejabat JBPM Johor pada Ahad.
A
A
A

JOHOR BAHRU- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor sudah siap sedia menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri ( PRN) Johor termasuk membekukan cuti pegawai dan anggotanya.

Pengarah, Datuk Yahaya Madis berkata hanya 20 peratus daripada keseluruhan 1,474 pegawai dan anggota JBPM di negeri ini dibenarkan bercuti sepanjang tempoh PRN Johor berlangsung.

Katanya, meskipun tarikh penamaan calon dan pengundian bagi PRN Johor belum diumumkan namun JBPM Johor telah bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Anggota bomba tidak terkecuali membantu dari segi keselamatan menangani kebakaran yang mana JBPM Johor mendapat kerjasama daripada SPR.

"Oleh itu, JBPM Johor akan memastikan keselamatan tempat atau bangunan yang terlibat dengan PRN Johor sama ada pusat penamaan calon, pusat undi atau pusat pengiraan undi.

"Pemantauan akan dilakukan oleh anggota dan pegawai bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) bangunan dan lokasi yang digunakan itu dipatuhi supaya berada dalam keadaan selamat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Majlis Perbarisan Tahunan di Ibu Pejabat JBPM Johor di sini pada Ahad.

Yahaya menambah, JBPM Johor juga telah diarahkan melakukan rondaan di lokasi 'panas' yang telah dikena lpasti sepanjang kempen PRN Johor.

Artikel Berkaitan:

"Rondaan ini dilakukan kerana bimbang sebarang perkara tidak diingini berlaku. Selain itu, kita juga tidak mahu terdapat unsur yang boleh menyebabkan kebakaran seperti suar, mercun dan sebagainya," katanya.

Dalam pada itu, Yahaya berkata JBPM Johor sedia membantu anggotanya yang menghadapi kesukaran untuk pulang mengundi pada PRN Johor nanti.

"Kita akan usahakan mereka yang mengundi di luar kawasan penugasan untuk mengundi secara pos. Sebagai contoh anggota di Mersing yang perlu mengundi di daerah Muar, kedua-dua daerah ini terletak agak jauh," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!