Bekalan ayam kurang, tidak cukup tampung permintaan

Jamil hanya dapat menyediakan ayam mentah untuk pelanggan yang berniaga kedai makan.
Jamil hanya dapat menyediakan ayam mentah untuk pelanggan yang berniaga kedai makan.
A
A
A

MELAKA - Peniaga ayam di Pasar Awam Bachang di sini, mendakwa bekalan ayam mentah berkurangan sehingga tidak mampu menampung pembelian pengguna biarpun harga siling ayam turun kepada RM8.90 sekilogram.

Peniaga, Muhammad Akramin Syakirin Amin, 26, berkata, kebiasaannya terutama hujung minggu dia boleh menjual sehingga 300 ekor ayam namun kali ini hanya mampu menjual 100 ekor ayam sahaja.

Akramin
Akramin

Menurutnya, semalam keadaan lebih menyedihkan kerana lebih kurang jam 9 pagi semua ayam jualannya telah habis dijual berbanding sebelum ini jam 1 petang baharu berkemas pulang.

"Biasa Sabtu dan Ahad pengguna ramai datang membeli ayam.

"Namun kerana bekalan ayam yang kita dapat kurang dari jumlah sebelum ini, jadi pengguna terpaksa pulang dengan hampa," katanya.

Jamil Janel, 58, juga mengalami nasib sama apabila bekalan ayam berkurangan dan hanya dapat menjual organ dalaman ayam kepada pelanggan sahaja.

"Ayam yang ada terpaksa jual kepada peniaga makanan seperti nasi ayam itu pun dia minta 40 ekor ayam tapi saya hanya dapat bagi 20 ekor sahaja," katanya.

Artikel Berkaitan:

Bagi, Hamzah Osman,57, sejak tahun lalu isu air belum menemui jalan penyelesaian dan berharap kerajaan serta penternak dapat duduk berbincang untuk menyelesaikan masalah ini.

Hamzah
Hamzah

"Sekarang perayaan Tahun Baharu Cina bekalan ayam mengalami masalah, tak lama lagi perayaan Aidilfitri.

"Kalau masih tiada penghujungnya tak mustahil akan datang perkara sama juga berlaku," katanya.

Hashim Bachik, 62, berkata, disebabkan situasi itu pendapatannya sedikit terjejas memandangkan hanya mendapat bekalan ayam kurang daripada 100 ekor.

"Bila bekalan kurang kita pun tak dapat nak jual banyak sedangkan harga ayam dah turun dan permintaan tinggi.

"Saya ambil dengan pembekal pun RM7.60 (kg) dan jual RM8.90kg, namun kasihan pelanggan datang nak beli tapi ayam dah habis," katanya.

Bagi Kok Jok Kee,60, lebih 30 tahun berniaga ini kali kedua berlaku masalah kekurangan bekalan ayam dan berharap masalah dalam kalangan penternak dengan pihak kerajaan dapat di atasi segera.

Kok Jok Kee
Kok Jok Kee

"Jika penternak ladang pun hantar bekalan ayam dalam kuantiti sedikit jadi sukar kami nak jual banyak biarpun harga ayam turun," katanya.

Manakala tinjauan Sinar Harian di beberapa pasar raya negeri ini termasuk di pasar raya Econsave Batu Berendam mendapati bekalan ayam masih ada namun dihadkan untuk dua ekor bagi satu keluarga.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, Norena Jaafar berkata, pihaknya telah menasihatkan kepada peniaga pasar itu tidak hanya bergantung kepada hanya satu pembekal sahaja.

Menurutnya, ini kerana hanya pasar terbabit mengalami masalah manakala pemantauan yang dilakukan oleh pihaknya mendapati bekalan di tempat dan di daerah lain mencukupi.

"Tempat lain termasuk Pasar Awam Jasin dan Pasar Awam Alor Gajah tidak berlaku isu bekalan ayam mentah kurang.

"Diharap pengguna dapat membuat pemilihan yang bijak dan tidak membuat pembelian panik kerana bekalan ayam di negeri ini mencukupi," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!