Hujan berterusan di Pahang, Johor mulai esok
KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan berterusan (waspada) di Rompin, Pahang serta Mersing dan Kota Tinggi, Johor bermula esok hingga Selasa ini (8 Februari).
MetMalaysia dalam kenyataan turut mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) di dua daerah di Sabah iaitu Kudat dan beberapa kawasan di Sandakan yang diramalkan berlaku pada Ahad.
"Kawasan yang terbabit di Sandakan ialah Telupid, Kinabatangan dan Beluran,” menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.
Baru-baru ini, MetMalaysia memaklumkan beberapa siri hujan lebat secara menyeluruh dijangka berlaku terutama di negeri pantai timur Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah, susulan fasa Monsun Timur Laut yang bermula sejak 3 November tahun lepas, dijangka berterusan hingga Mac ini. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!