Lori bawa bahan kimia terbabas

Lori membawa muatan bahan kimia terbabas dan melanggar penghadang jalan di Kilometer 145.4 LPT di sini, hari ini.
Lori membawa muatan bahan kimia terbabas dan melanggar penghadang jalan di Kilometer 145.4 LPT di sini, hari ini.
A
A
A
MARAN - Detik cemas bagi pengguna Lebuh raya Pantai Timur (LPT) selepas sebuah lori tangki yang membawa muatan bahan kimia terbabas dan melanggar penghadang jalan di Kilometer 145.4 LPT di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 8.02 pagi itu menyaksikan tangki lori yang membawa bahan kimia untuk kegunaan industri itu terjatuh dan terbalik di jalan.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Rosdi Mustafa berkata, bagaimanapun kejadian berkenaan tidak melibatkan kemalangan jiwa.

"Bomba yang tiba pada pukul 8.25 pagi mendapati ada kemalangan melibatkan lori tangki membawa bahan kimia untuk kegunaan industri iaitu tangki lori berkenaan terbalik dan terdapat sedikit tumpahan yang keluar melalui penutup.

"Tiada kebocoran lain pada tangki berkenaan dan Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) telah turun melakukan operasi penstabilan bagi memastikan tiada lagi tumpahan,"katanya lagi.
Artikel Berkaitan:


Ujarnya operasi berakhir pada jam 4.45 petang dan pihaknya menyerahkan kenderaan berkenaan kepada pihak LPT dan kontraktor untuk proses pengalihan.

Jelasnya, kejadian berkenaan tidak menyebabkan kesesakan lalu lintas dan tiada pengguna jalan raya yang terjejas akibat bahan kimia terbabit.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!