Lebih baik dia mati saja
GRAFTON - AUSTRALIA. Lebih ramai sanak saudara Brenton Tarrant tampil mengutuk pembunuhan kejam lelaki itu.
Terbaru, sepupu Tarrant, Donna Cox berkata serangan di Christchurch adalah amat kejam dan tidak boleh dimaafkan.
Malah katanya, Tarrant telah menconteng arang dan memalukan keluarga mereka yang menetap di Grafton.
Justeru katanya, Tarrant layak dikenakan hukuman mati sebagai balasan atas pembunuhan 50 nyawa mangsa yang tidak bersalah.
"Ibu dan bapanya dipandang tinggi di sini. Tetapi, semuanya sudah berubah.
"Dia telah memalukan keluarga kami. Sekarang saya amat membencinya.
"Jika dia berada di depan saya...saya tumbuk mukanya sepuas-puasnya," kata Donna.
Ibu Tarrant merupakan seorang guru di Grafton, manakala bapa sudah meninggal dunia dan amat dikenali dalam kalangan penduduk tempatan.
Laporan di Grafton menyebut, ibu Tarrant dan kakaknya, Lauren terpaksa disembunyikan di satu lokasi rahsia di bawah perlindungan polis.
Mereka turut dihalang berkomunikasi dengan anggota keluarga yang lain. - Dailymail
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!