Hasrat wartawan cilik temu bual PM bakal direalisasikan

Muhammad Haziq diberi peluang merasai pengalaman memadam api dan menaiki jentera di Balai Bomba dan Penyelamat Amanjaya, Sungai Petani pada Ahad.
Muhammad Haziq diberi peluang merasai pengalaman memadam api dan menaiki jentera di Balai Bomba dan Penyelamat Amanjaya, Sungai Petani pada Ahad.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Hasrat wartawan cilik Muhammad Haziq Mohd Asyraf, 12, yang menyatakan keinginan menemu ramah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, akan direalisasikan malam ini.

Muhammad Haziq menjelaskan, pertemuan itu telah diatur oleh Pejabat Perdana Menteri di sebuah hotel di Alor Setar, Kedah ketika pemimpin negara tersebut melakukan kunjungan ke Negeri Jelapang Padi bermula Ahad.

Menurutnya, selain gembira dan berbesar hati, Muhammad Haziq tidak akan melepaskan peluang menemu ramah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Saya nak tanya apa minuman kegemaran, makanan kegemaran, sihat ka dak dan rutin harian sebagai seorang perdana menteri," katanya kepada media.

Muhammad Haziq ditemui ketika dibawa merasai pengalaman memadam api dan menaiki jentera bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Amanjaya, Sungai Petani pada Ahad.

Muhammad Haziq diberi peluang merasai pengalaman memadam api dan menaiki jentera di Balai Bomba dan Penyelamat Amanjaya, Sungai Petani pada Ahad.
Muhammad Haziq diberi peluang merasai pengalaman memadam api dan menaiki jentera di Balai Bomba dan Penyelamat Amanjaya, Sungai Petani pada Ahad.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon dan Pegawai Tugas-tugas Khas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Annuar Ahmad.

Sinar Harian sebelum ini menyiarkan laporan agensi berita Bernama dipetik sebagai berkata kanak-kanak yang berasal dari Bukit Selambau itu berhasrat menemu ramah perdana menteri jika diberi peluang.

Artikel Berkaitan:

Murid Sekolah Kebangsaan Bukit Selambau itu mula meraih perhatian warganet setelah video secara langsung yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook mengenai penemuan ular sawa di Pasar Bukit Selambau, menjadi tular.

Video berdurasi dua minit 47 saat itu bagaimanapun telah berjaya meraih lebih satu juta tontonan disebabkan kepetahannya bertutur secara santai menggunakan loghat Kedah sehingga digelar wartawan cilik.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!