PICKids di Kelantan dijangka bermula 13 Februari

Program PICKids di Kelantan dijangka bermula 13 Februari ini. -Foto 123rf
Program PICKids di Kelantan dijangka bermula 13 Februari ini. -Foto 123rf
A
A
A

KOTA BHARU - Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) di Kelantan dijangka bermula 13 Februari ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin berkata, ketika ini pihaknya masih menunggu proses pendaftaran kanak-kanak yang dilakukan oleh ibu bapa mereka.

Beliau berkata, borang untuk mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa telah diedarkan oleh pihak sekolah untuk diisi bagi melancarkan pendaftaran selain mendaftar melalui aplikasi MySejahtera.

"PICKids di negeri ini akan dimulakan sebaik proses pendaftaran secara sukarela berjalan lancar iaitu melibatkan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

"Bagi kanak-kanak yang mempunyai penyakit berisiko tinggi dan komorbid, mereka akan dibuat penilaian kesihatan di hospital-hospital berdekatan sebelum proses vaksinasi dilakukan," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Dr Zaini berkata, mengikut data Jabatan Perangkaan 2021, populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Kelantan adalah kira-kira 219,000 orang. - Bernama

​​

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!