PRN Johor: Manifesto BN untuk semua golongan usia

Dr Adham Baba
Dr Adham Baba
A
A
A

JOHOR BAHRU - Hanya manifesto yang mampu membela setiap peringkat usia golongan masyarakat bermula dari muda hingga warga emas akan ditampilkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Johor dan Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata manifesto terbabit akan menawan hati pengundi seterusnya mengembalikan keyakinan pengundi terhadap BN.

"BN akan mempersembahkan manifesto terbaik bagi PRN Johor nanti dengan membabitkan semua peringkat usia masyarakat daripada yang muda, tua, bandar, luar bandar selain pengundi baharu.

"Fokus utama manifesto BN akan menyentuh penyediaan pendidikan yang lebih baik selain fokus pada taraf hidup rakyat yang lebih baik," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas perjumpaan Ketua Penerangan UMNO Johor bersama media Johor, di sini pada Ahad.

Hadir sama, Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim dan Presiden Kelab Media Johor, Mohd Fauzi Ishak.

Sementara Dr Adham berkata kesemua 56 calon dari BN yang akan bertanding pada PRN Johor kelak akan diwajibkan melantik pegawai media.

"Langkah lantik pegawai media ini merupakan pembaharuan dilakukan BN Johor bertujuan memudahkan penyampaian maklumat daripada setiap calon kepada pengundi dengan lebih berkesan.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, langkah ini juga memudahkan pengundi selain media mendapat maklumat segera daripada calon terutama apabila timbul isu berbangkit yang perlu dijawab," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!