Dua cedera langgar bangkai tapir

Bangkai tapir yang dilanggar mangsa di Jalan Kuala Klawang-Simpang Pertang berhampiran Petaseh pada Isnin. - Foto ihsan bomba
Bangkai tapir yang dilanggar mangsa di Jalan Kuala Klawang-Simpang Pertang berhampiran Petaseh pada Isnin. - Foto ihsan bomba
A
A
A

JELEBU - Dua individu cedera selepas kereta Perodua Axia yang mereka naiki terbalik selepas melanggar bangkai seekor tapir di Jalan Kuala Klawang-Simpang Pertang berhampiran Petaseh di sini pada Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jelebu, Mohd Fazzil Mohd Yunus berkata, dalam kejadian jam 7.50 pagi itu, mangsa pemandu berusia 60 tahun dan penumpang wanita 20 tahun dari arah Simpang Pertang menuju ke Kuala Klawang.

"Namun sebaik sampai di lokasi, mangsa gagal mengelak bangkai seekor tapir sekali gus mengakibatkan kereta dipandu terbalik di tengah jalan.

Keadaan kereta Perodua Axia yang terbalik selepas melanggar bangkai seekor tapir di Jalan Kuala Klawang-Simpang Pertang berhampiran Petaseh pada Isnin. - Foto ihsan bomba
Keadaan kereta Perodua Axia yang terbalik selepas melanggar bangkai seekor tapir di Jalan Kuala Klawang-Simpang Pertang berhampiran Petaseh pada Isnin. - Foto ihsan bomba

"Kejadian itu menyebabkan mangsa cedera pada muka dan penumpang wanita patah kaki. Terdapat seorang lagi penumpang wanita berusia 20 tahun tidak cedera," katanya.

Menurutnya, mangsa yang cedera kemudian dibawa ke Hospital Jelebu untuk menerima rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, tapir yang mati berkenaan dianggarkan seberat 100 kilogram dan dipercayai telah dilanggar oleh lori sebelum itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!