Olimpik Musim Sejuk: Aruwin mara ke Run 2

Aruwin
Aruwin
A
A
A

PELUNCUR Alpine ski negara, Aruwin Salehhuddin mara ke Run 2 acara giant slalom wanita pada temasya Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing, China.

Aruwin, yang membuat penampilan sulung dalam sukan berprestij itu berpeluang memburu pingat dalam Run 2 selepas menamatkan saingan di tempat ke-46 daripada 60 peluncur.

Atlet berusia 17 tahun itu yang mencipta sejarah sebagai atlet wanita Malaysia pertama bertanding dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk, mencatat masa satu minit 06.13 saat dalam acara yang berlangsung di Pusat Ski Alpine Kebangsaan di kawasan Gunung Xiaohaituo di barat laut Yanqing.

Sara Hector dari Sweden muncul peluncur terpantas dalam Run 1 dengan catatan 57.56s.

Run 2 dijadualkan pada jam 2.30 petang Isnin.

Selain acara giant slalom wanita, Aruwin yang berpangkalan di Amerika Syarikat akan bersaing dalam acara slalom, Rabu ini.

Seorang lagi peluncur Alpine ski negara, Jeffrey Webb, yang membuat penampilan di Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 di Korea Selatan dijadual beraksi dalam acara slalom lelaki pada 16 Februari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!