Klopp gembira penampilan sulung Diaz

Diaz ketika membuat penampilan sulungnya bersama Liverpool.
Diaz ketika membuat penampilan sulungnya bersama Liverpool.
A
A
A

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp gembira dengan penampilan pemain baharu, Luis Diaz selepas The Reds menewaskan Cardiff City 3-1 di Anfield dalam pusingan keempat Piala FA.

Menurut Klopp, dia kagum dengan impak diberikan pemain Colombia itu sambil memberitahu bahawa Diaz mengalami kecederaan ringan selepas bertembung dengan pemain pertahanan Cardiff, Aden Flint.

"Gol yang dia sediakan untuk Taki [Minamino] luar biasa, saya sukakannya. Selamat datang ke England.

"Dia kini berada dalam keadaan baik, tidak mengalami kecederaan serius, hanya sedikit lebam di lututnya," katanya.

Pada perlawanan tersebut, Diaz dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-58 dan menghasilkan bantuan gol 10 minit kemudian apabila berjaya menggelecek melepasi beberapa pertahanan, sebelum melakukan lorongan kepada Minamino untuk menjaringkan gol buat Liverpool.

Selain Minamino, turut tersenarai sebagai penjaring Liverpool ialah Diogo Jota serta Harvey Elliott yang memastikan Liverpool mara ke pusingan kelima, dan akan bertemu Norwich City di tempat sendiri.

Untuk rekod, Diaz berjaya menyempurnakan 19 daripada 20 hantaran pada penampilan sulungnya di Liverpool, dan berjaya melaksanakan kesemua 11 hantaran yang dibuat dalam kawasan pasukan lawan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!