Tiada subsidi, pengeluar telur bakal gulung tikar

Yoon Yeau harap kerajaan percepatkan susbidi telur ayam.
Yoon Yeau harap kerajaan percepatkan susbidi telur ayam.
A
A
A

MELAKA - Penternak dan pengeluar telur ayam di negara ini mendakwa bakal gulung tikar sekiranya kerajaan melewatkan pemberian subsidi.

Timbalan Pengerusi Gabungan Persatuan Peladang Ternakan Malaysia, Lee Yoon Yeau berkata, melalui subsidi itu sekurang-kurangnya dapat menampung beban kos terpaksa ditanggung berikutan kenaikan harga dedak seperti jagung, kacang soya dan minyak sawit selain terbeban dengan kos utiliti serta gaji pekerja.

Menurutnya, dengan pemberian subsidi itu, penternak mampu menghasilkan lebih banyak kuantiti telur ayam berbanding sekarang, sekali gus mampu menampung permintaan telur ayam menjelang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri kelak.

"Harap kerajaan beri subsidi sehingga bulan Jun depan, saya faham kerajaan nak jaga rakyat untuk beli telur ayam murah.

"Tapi sebagai penternak yang juga pengeluar telur kita juga harap kerajaan boleh secepat mungkin gerakan subsidi untuk kita tampung kos dan boleh terus menghasilkan telur ayam yang cukup untuk negara," katanya.

Yoon Yeau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di sebuah kilang memproses telur ayam di Masjid Tanah, di sini, pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau berkata bagi memastikan nasib 1,500 penternak dan pengeluar terbela, dia berharap kerajaan dapat menaikkan harga telur ayam kepada 40 hingga 42 sen.

"Sebagai penternak kami tak minta untung banyak, namun cukup untuk menampung kos kerana kami juga faham kesusahan rakyat ketika pandemik ini.

Artikel Berkaitan:

"Harap kerajaan dapat mengurangkan kebergantungan kepada dedak import dan menghasilkan makanan haiwan di peringkat tempatan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!