[VIDEO] Majikan digalak teruskan amalan bekerja dari rumah

Majikan digalakkan untuk meneruskan amalan bekerja dari rumah (BDR) dalam usaha kerajaan mengawal penularan kes Covid-19. - Gambar hiasan
Majikan digalakkan untuk meneruskan amalan bekerja dari rumah (BDR) dalam usaha kerajaan mengawal penularan kes Covid-19. - Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA- [DIKEMASKINI] Majikan sangat digalakkan untuk meneruskan amalan bekerja dari rumah (BDR) dalam usaha mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selamat.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sistem penggiliran ke pejabat juga digalakkan untuk terus dilaksanakan oleh majikan.

"Pagi tadi saya telah bincang dengan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan bersetuju bahawa buat masa ini kerajaan sangat menggalakkannya bagi mengimbangi kesihatan awam dan pemulihan ekonomi," katanya.

Menurutnya, majikan juga dinasihati agar membantu pekerja dalam melaksanakan ujian saringan Covid-19 terutamanya mereka yang bergejala.

"Mungkin ada di antara pekerja yang sukar mendapat kit ujian saringan, tolong sediakan dan juga beri pelitup muka berkualiti," katanya.

Beliau berkata, mana-mana majikan yang ingin melakukan pengubahsuaian sistem pengudaraan di pejabat dan tempat kerja, boleh mendapatkan insentif daripada MOF.

"Ada insentif kerajaan kepada majikan," katanya.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!