Bekalan air bertukar payau akibat penerobosan air masin: AKSB

Bekalan air bersih yang bertukar menjadi payau/masin di sekitar Kota Bharu Timur dan sebahagian Bachok berpunca daripada penerobosan air masin ke Sungai Pengkalan Datu. - Gambar hiasan
Bekalan air bersih yang bertukar menjadi payau/masin di sekitar Kota Bharu Timur dan sebahagian Bachok berpunca daripada penerobosan air masin ke Sungai Pengkalan Datu. - Gambar hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Bekalan air bersih yang bertukar menjadi payau/masin di sekitar Kota Bharu Timur dan sebahagian Bachok, sejak beberapa hari lepas berpunca daripada penerobosan air masin ke Sungai Pengkalan Datu.

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dalam kenyataannya pada Isnin memberitahu, akibat penerobosan itu berlaku gangguan kualiti air di kawasan agihan Loji Rawatan Air (LRA) Chicha.

Menurut AKSB, bagi meningkatkan sumber air mentah di LRA Chicha untuk menghadapi permintaan air yang tinggi semasa sambutan Tahun Baharu Cina, pihaknya telah menyalurkan air Sungai Pengkalan Datu ke Telaga Jejari Pasir Tumboh (TJ) pada 30 Januari lepas.

"Kandungan ‘chloride’ dalam air sungai pada masa ini adalah 142 mg/l. Pada 31 Januari, kadar pengeluaran air terawat dari LRA Chicha adalah 71.6 juta liter sehari (JLH). Sebelum penyaluran air Sungai Pengkalan Datu ke TJ, kadar pengeluaran air terawat LRA Chicha adalah 62 JLH,” kata kenyataan itu.

Menurut AKSB, selepas menerima aduan air payau/ masin pada Khamis lepas, pengepaman air mentah dari TJ telah dikurangkan secara berperingkat.

"Hari ini pengepaman air mentah dari TJ telah dihentikan sepenuhnya susulan kandungan ‘chloride’ dalam air terawat masih tinggi. Kualiti air terawat dari LRA Chicha akan beransur pulih,” kata kenyataan itu.

AKSB memaklumkan sebarang aduan berkenaan bekalan air boleh dibuat melalui talian 15777, WhatsApp ke 019-5755777, emel ke pintas@airkelantan.com.my atau menggunakan aplikasi MyAKSB yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan App Store. - Bernama

Bekalan air bersih yang bertukar menjadi payau/masin di sekitar Kota Bharu Timur dan sebahagian Bachok berpunca daripada penerobosan air masin ke Sungai Pengkalan Datu. - Gambar hiasan

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!