Daroyah, Zakaria angkat sumpah jawatan

Daroyah Alwi - Foto Bernama
Daroyah Alwi - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - ADUN Sementa, Daroyah Alwi dilantik sebagai Timbalan Speaker Negeri Selangor bagi Penggal Kedua DUN Selangor yang ke-14.

Daroyah menggantikan Timbalan Speaker Negeri Selangor terdahulu, Khairuddin Othman yang dilantik sebagai Exco Pembangunan Generasi Muda dan Sukan dan Pembangunan Modal Insan.

Beliau kemudiannya mengangkat sumpah dan menandatangi surat sumpah jawatan di hadapan Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim di Dewan Negeri Selangor pada

Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Kedua DUN Selangor ke-14 hari ini.

Pada majlis sama, ADUN Semenyih yang baharu, Zakaria Hanafi turut mengangkat sumpah jawatan ADUN pada jam 10.10 pagi.

Turut hadir mencemar duli pada majlis adalah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin serta Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Zakaria menjadi ADUN selepas memenangi PRK Semenyih pada 2 Mac lalu.

Beliau mewakili BN merampas kembali kerusi DUN terbabit selepas meraih 19,780 undi menewaskan tiga lagi pencabarnya iaitu calon PH, Muhammad Aiman Zainali yang memperoleh 17,866 undi, calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul (847 undi) dan calon Bebas, Kuan Chee Heng atau 'Uncle Kentang' yang memperoleh 725 undi.

Artikel Berkaitan:

PRK Semenyih diadakan susulan ADUN terdahulu, Bakhtiar Mohd Nor, 57, meninggal dunia akibat serangan jantung.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!