MBSA terima 694 permohonan bazar Ramadan

Sebanyak 33 lokasi tapak bazar Ramadan disediakan MBSA pada tahun ini.

Shahrin
Shahrin
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerima sebanyak 694 permohonan lot bazar Ramadan sehingga 31 Januari lalu.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, permohonan secara dalam talian masih dibuka sehingga 16 Februari ini melalui laman sesawang eBazar MBSA di pautan https://bazar.mbsa.gov.my.

"Orang ramai perlu mengisi borang permohonan dan memuat naik salinan dokumen yang diperlukan dengan lengkap sebelum proses pendaftaran dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau memberitahu, sebanyak 33 lokasi tapak bazar Ramadan disediakan MBSA tahun ini.

Sebarang pertanyaan berkenaan Permit Bazar Ramadan boleh hubungi Jabatan Pelesenan MBSA.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!