Bas terbabas, empat pelajar USIM cedera

A
A
A

NILAI - [KEMAS KINI] Empat pelajar perempuan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) cedera selepas bas persiaran yang dinaiki terbabas sebelum melanggar sebatang pokok dalam kemalangan di Bandar Baru Nilai, di sini pada Selasa.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Raihan Che Mat berkata, pihaknya menerima maklumat kira-kira jam 7.41 pagi dan tiba di lokasi lapan minit kemudian.

Menurutnya, ketika kejadian bas yang membawa 17 pelajar itu dalam perjalanan dari kolej kediaman ke kampus USIM.

"Bomba menerima maklumat sebuah bas dipercayai terbabas dan melanggar sebatang pokok kemungkinan akibat tumpahan minyak di atas jalan raya.

Pelajar USIM yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar untuk rawatan lanjut.
Pelajar USIM yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar untuk rawatan lanjut.

"Sebaik tiba di lokasi, kami melakukan pembersihan minyak dan ada empat pelajar yang cedera telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk rawatan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, empat pelajar terbabit cedera di tangan, pergelangan tangan dan ada yang cedera di bahagian tulang belakang.

Sementara itu Pusat Komunikasi Strategik USIM menerusi kenyataan memaklumkan, empat pelajar dibawa ke HTJ dan 13 pelajar lain dibawa ke Pusat Kesihatan USIM untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar.

"Pemandu bas cedera ringan. USIM akan terus memantau keadaan semasa pelajar yang terlibat dan urusan kebajikan mereka akan jadi keutamaan.

"Tindakan lanjut akan diambil selepas mendapat laporan penuh daripada pihak berkuasa," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!