Juruteknik TNB maut, kereta dipandu terbabas
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Mohamad Fauzan Muhamad berusia 30 tahun.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Kota Bharu menghala ke Kuala Lumpur.
"Setiba di lokasi kejadian, kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar sebuah kedai makan yang terdapat di tepi jalan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Menurutnya, kesan pelanggaran itu mengakibatkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
"Jenazah mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk proses bedah siasat.
"Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!