Pelancaran pesawat Harimau Malaya beri inspirasi

Hamidin (enam dari kanan) pada majlis pelancaran berkenaan. - Foto FAM
Hamidin (enam dari kanan) pada majlis pelancaran berkenaan. - Foto FAM
A
A
A

PELANCARAN pesawat rasmi Harimau Malaya diharap memberikan inspirasi untuk skuad negara melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, pelancaran pesawat berkenaan juga diharap dapat menambah baik kerjasama badan induk bola sepak negara itu bersama pihak Penerbangan Malaysia Bhd (MAB) pada masa hadapan.

“Secara keseluruhannya, pelancaran rasmi pesawat Harimau Malaya ini akan meningkatkan lagi kerjasama antara dua jenama kebangsaan ini (FAM dan MAB).

“Sebelum ini pihak MAB juga sering bekerjasama membawa pasukan kebangsaan kita kepada beberapa tugasan antarabangsa menerusi penerbangan khas yang disewa.

“Oleh itu, diharapkan majlis pelancaran ini akan memberikan inspirasi kepada skuad kebangsaan terutamanya bagi mengharungi pusingan ketiga aksi kelayakan Piala Asia 2023 Jun depan dan seterusnya membuatkan rakyat negara ini berbangga,” katanya sempena Majlis Pelancangan Livery Pesawat Airbus 330-300 Harimau Malaya di Sepang pada Selasa.

Untuk rekod, sejak 2019 lalu MAB sering bekerjasama dengan FAM khususnya menerusi sewaan pesawat khususnya ke destinasi luar negara seperti Dubai dan Manama.

Pada majlis sama, kad eksklusif Harimau Malaya X Enrich 2022 turut dilancarkan dan sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya boleh berbuat demikian di https://temptations.malaysiaairlines.com.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Kapten Izham Ishmail berkata, pihaknya gembira dengan pelancaran pesawat berkenaan yang secara keseluruhannya menggambarkan hubungan kerjasama baik antara pihak MAB dan FAM.

Artikel Berkaitan:

Malah katanya, menerusi hubungan kerjasama berkenaan pihak MAB juga merancang untuk terus memberikan sokongan kepada skuad kebangsaan.

“Kami gembira dengan kerjasama ini dan dalam masa terdekat ini kami akan membawa skuad Bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan ke Phnom Penh, Kemboja bagi menyertai Piala AFF B-23 2022,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!