Eriksen teruja mulakan kehidupan normal di Brentford

Christian Eriksen
Christian Eriksen
A
A
A

PEMAIN tengah Denmark, Christian Eriksen menyifatkan peluang menyertai kelab sensasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Brentford atau lebih dikenali The Bees, memberinya talian hayat kedua untuk kembali ke kehidupan normal selepas mengalami serangan jantung semasa Euro 2020 tahun lalu.

"Cabaran sebenarnya apabila berdepan situasi seperti saya adalah untuk lebih berusaha mengatasi apa yang sebenarnya berlaku selepas insiden di Euro 2020 sebelum ini.

"Anda mahu kembali normal, namun bagi saya, normal adalah kembali bermain di Itali tetapi saya tidak dibenarkan melakukan ini.

"Jadi bagi saya ini merupakan perkara biasa terpaksa berubah demi karier bola sepak. Kini saya mempunyai peluang untuk kembali ke kehidupan normal di Brentford," kata Eriksen.

Untuk rekod, Eriksen, yang rebah semasa perlawanan peringkat kumpulan Euro 2020 menentang Finland di Copenhagen, diberi rawatan CPR yang menyelamatkan nyawa di hadapan penonton dan rakan sepasukan, menandatangani kontrak bersama The Bees bulan lalu sebagai untuk baki musim ini.

Pemain berusia 29 tahun itu kini dilengkapi dengan peranti pemula jantung khas yang dikenali sebagai Implantable Cardioverter Defibrillator (ICD).

Gergasi sensasi Serie A, Inter Milan menamatkan kontrak Eriksen pada Disember kerana peranti ICD tidak dibenarkan penggunaan di saingan liga Itali.

Eriksen tidak bermain dalam perlawanan kompetitif sejak insiden itu, walaupun dia berlatih dengan bekas kelabnya Ajax Amsterdam bagi mengembalikan semula tahap kecergasannya.

Artikel Berkaitan:

"Saya teruja untuk menunjukkan bahawa saya boleh dengan ICD, dan jika anda mengalami serangan jantung, jika anda melakukan ujian yang betul dan semuanya ok, anda boleh bermain semula," ujarnya.

Brentford yang mengumpul 23 mata selepas mengharungi 23 perlawanan akan mengadakan kunjungan ke Stadium Etihad berdepan pendahulu Manchester City pimpinan Pep Guardiola dalam saingan liga awal pagi Khamis.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!