Lori tangki melintang, jalan sesak 5km

Keadaan sebuah lori tangki yang melintang selepas terbabit dalam kemalangan di KM35.2 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak hala timur dekat Genting Sempah pada Selasa. - Foto Anih Berhad
Keadaan sebuah lori tangki yang melintang selepas terbabit dalam kemalangan di KM35.2 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak hala timur dekat Genting Sempah pada Selasa. - Foto Anih Berhad
A
A
A

BENTONG - Laluan di Kilometer (KM) 35.2 hala timur di Lebuh Raya Kuala Lumpur- Karak dekat Genting Sempah di sini sesak kira-kira lima kilometer susulan kemalangan melibatkan sebuah lori tangki melintang.

Anih Berhad memaklumkan, kerja-kerja pengalihan kenderaan tersebut dijalankan bermula jam 4 petang.

"Pihak kita mendapat maklumat mengenai kejadian tersebut kira-kira jam 3 petang.

"Trafik mula perlahan dari KM32.2 dan kerja-kerja pengalihan dilakukan oleh petugas terlibat," katanya menerusi ciapan di Twitter.

Lori tangki tersebut telah berjaya dialihkan dan trafik kembali pulih pada jam 4.30 petang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!