Keadaan Tun M semakin pulih, satu petanda baik

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semakin pulih berbanding minggu lalu merupakan satu petanda baik.

Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, ayahandanya telah dibenarkan pulang ke kediamannya untuk berehat.

Bagaimanapun katanya, Pengerusi Pejuang itu masih perlu menjalani rawatan sesi fisioterapi di Institut Jantung Negara (IJN).

"Tun M sekarang ini dah dibenarkan pulang ke rumah walaupun masih lagi menjalani rawatan di IJN.

"Jadi kekadang itu, setiap hari atau setiap dua hari, beliau akan diminta IJN untuk (menjalani sesi rawatan) fisioterapi.

"Jadi bagi saya itu satu petanda yang sangat baik dan keadaannya dah banyak pulih berbanding dengan seminggu dua minggu lepas," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas program Sepetang Bersama Datuk Seri Mukhriz Mahathir di D'Sultanaa Bazaar, Jalan Tun Abdul Razak pada Selasa.

Dr Mahathir sebelum ini dibenarkan keluar dari IJN pada 13 Januari selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu pada 7 Januari dan beliau menjalani prosedur perubatan elektif yang dikendalikan sepasukan doktor dari institut tersebut dan Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 8 Januari.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!