80 pemaju disenarai hitam
Exco Tetap Perumahan dan Kehidupan Bandar, Haniza Talha berkata, pemaju tersebut tidak dibenarkan mendaftar pembangunan pemajuan melalui Sistem Pendaftaran Pemaju (Spem) yang mula dikuatkuasakan sejak 2007.
“LPHS pernah menyenaraihitamkan dan mengedar nama Ahli Pengarah pemaju yang bermasalah kepada semua pihak berkuasa tempatan melalui carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
“Senarai hitam ini bertukar-tukar sehingga sekarang dan kerajaan negeri tidak mempunyai halangan jika ia dipamerkan dalam laman sesawang LPHS,” katanya dipetik Selangor Kini ketika menjawab soalan lisan Lee Kee Hiong (DAP-Kuala Kubu Bahru) pada Sidang Dun Selangor, hari ini.
Haniza (PKR-Lembah Jaya) berkata, sebanyak 1,426 pemaju perumahan berdaftar di LPHS membabitkan 2,495 projek.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!