Larangan berhijab: Sekolah, kolej di Karnataka tutup ekoran ketegangan

Karnataka tegang selama beberapa hari berturut-turut selepas beberapa sekolah di daerah pesisir pantai Udupi melarang gadis berhijab.
Karnataka tegang selama beberapa hari berturut-turut selepas beberapa sekolah di daerah pesisir pantai Udupi melarang gadis berhijab.
A
A
A

NEW DELHI - Negeri Karnataka di selatan India menutup semua sekolah tinggi dan kolej selepas tercetus ketegangan apabila gadis Islam datang ke kelas memakai hijab.

Negeri yang diperintah oleh nasionalis Hindu Parti Bharatiya Janata (BJP) tegang selama beberapa hari berturut-turut selepas beberapa sekolah di daerah pesisir pantai Udupi melarang gadis berhijab.

Tindakan itu mencetuskan bantahan oleh pelajar Islam, keluarga dan kumpulan masyarakat mereka yang mengatakan tindakan itu merupakan diskriminasi agama.

Ramai gadis diganggu di khalayak ramai oleh pelajar yang berpihak kepada kumpulan nasionalis Hindu.

"Saya merayu kepada semua pelajar, guru dan pengurusan sekolah dan kolej serta penduduk Karnataka untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian. Saya telah mengarahkan penutupan semua sekolah menengah dan kolej untuk tiga hari akan datang. Semua yang berkenaan diminta memberi kerjasama," ciap Ketua Menteri Karnataka Basavaraj Bommai di tweeter pada Selasa.

Bantahan turut dianjurkan di luar Udupi sebagai sokongan terhadap pelajar berhijab.

Mahkamah Tinggi Karnataka mendengar kes itu pada Selasa dan akan mendengar hujah lanjut pada Rabu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!